berdebar sangat...

Wednesday, December 30, 2009

sedikit update...

Aku akan mula bercuti esok sehingga isnin..tinggal 3 hari majlis aku....berdebar sangat. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baek....insyaallah.

*
*
*
*
*
*

checklist 281209

Monday, December 28, 2009

tinggal 6 hari lagi. Aku kat sini kejap2 berdebar, kejap2 ok je. Jemputan sebelum ni adalah 150 orang. Tapi malam kelmarin,mak pesan kat aku suh tambah items doorgift sebab tetamu jemputan ditambah jadi 200 orang! Ye memang mak dan abah punya ramai kenalan,dan plan dieorang sebelum ni nak menjemput kenalan yang terdekat sahaja tapi tup-tup ramai pulak kawan2 mak dan abah yang terdengar khabar aku akan melangsungkan pertunangan.Maka, bila dieorang dah tanya tak kan tak menjemput kan? so abah dan mak ikhlas jemput kawan2 dieorang yg sebelum ni takde dalam list. aku? aku memang suka suasana yang meriah dengan kehadiran tetamu yang diundang..best sangat,terasa majlis kita tu bermakna dengan kehadiran tetamu yg meraikan majlis.....ngee :)

Maka dengan itu juga semalam aku tambah doorgift lagi 50pcs..candy pun dah kehabisan juga..
tinggal beberapa saja lagi kan.here checklist setakat 281209

Kek hantaran pick up petang ni 281209 (kek secret recipe,uols tahu leh thn 2mgu kan..)
Bahulu ikan untuk hantaran pick up 311209
items #3 untuk doorgift pick up 311209 juga..apa dia tu???haha
Fruits pun nak beli 311209 supaya kekal fresh gtu...

apa lagi???tu je lah setakat ni..

rose oh rose

Cuti krimas baru2 ni aku bz teramat..bz mencuba sekali lagi bunga rose dari gumpaste.mintak2 kali ni bunga dia tak rosak.dah 2 kali aku try sebelum ni,seminggu mcm tu bunga nya rosak.So harap yang ni boleh bertahan lama sikit.sabar ye cik rose,nak pakai kamu hari sabtu ni.....
 

 
 

 
this time aku buat roses ni kaler putih jer..nak match dengan roses yang kecik2 kaler pink. pic lupa nak snap.. actually ak suka tgk roses yang kak rani and kak ita buat...
 

ni rose dari kak ita from guladanmentega.
 

do i need manicure treatments?

Thursday, December 24, 2009

Perlukah aku mendapatkan rawatan manicure? jari aku ni pun bukan burok sangat pun.hahaha.cuma kalau ada masa tu mungkin berminat juga nak buat manicure..nak cari masa celah mananya? semua nak buat sendiri kan?haish...nak siapkan cupcake, nak pic up wan dan aki kat kg. pick up hantaran yang dah siap.hrm tgk lah mcm mana tapi hati ni gedik nak buat gak..ngee..






candy sudah siap :)

Malam kelmarin,aku kunci bilik and dok terperap dekat 40 minit menyiapkan doorgift candy ni haa..Al maklumlah anak2 buah ada kat umah so kene buat sorok2 candy ni..nanti ada balance boleh la bagi dorang (aduss kedekut punya auntie..haha). Uncang aku beli cukup2 100 pcs tapi candy ada banyak lagi lebih. Kene cari uncang lagi ni tapi tak sama dengan yang asal lah sebab yang asal jual 100 pcs je.aku nak dalam 50 pcs je lagi.Hurmm buat sorang2 pun jadi lah kan.lagipun bukan banyak.Fenin gak aku sekarang ni. Rasa mcm banyak benda lagi yang tak settle..haisshh..



tak surprise dah kan?takpelah candy je lagi pun....



p/s-->>yay gaji dah masuk.
            lega sikit dah pecahan bajet...hiks..

nak tampar orang!

Wednesday, December 23, 2009

Sejak dua menjak ni kami asyik bergaduh jer! tak tahu gaduh pasal apa.lagi dekat nak tunang ni lagi macam2 benda yang nak digaduhkan. Ishh perasaan sekarang memang rasa nak tampar muka orang jer..geram yang teramat sangat!



hampir siap :)

Monday, December 21, 2009

From last week,aku ralik menyiapkan paper bag utk doorgift dan atas nasihat along dan abg iparku,aku telah menambah lagi 50 pcs paper bag..pheww..sakit pegang but sangat berpuas hati dengan hasil tangan ku setakat ni.hehe.. owh,nana(my lil sis) pun dah mula ringan tulang untuk membantu.tenkiu :)



 

1 more left..

Thursday, December 17, 2009

oh gosh! satu lagi hantaran untuk si dia masih tak tahu nak bagi ape?????? arghh..

i just drop by here



agar-agar kering. cantik sangat kan bila digubah menjadi bunga rose.em tapi kat sini macam nak dapatkan? huh..anyone?

FOR HIM

SIREH JUNJUNG
FRUITS
CHOCOLATE
CAKE
CUPCAKE
BUNGA RAMPAI 
?
KEMEJA
PERFUMES 
 

my outfit udah siap :)

Mornink!

Macam ne aku leh lupa nak masukkan entry pasal.....BAJU TUNANG AKU DAH SIAP!!! yahoooo.. Ekceli dah siap dari minggu lepas lagi. lupa jer nak masukkan entry pasal tuh. em just baju kurung moden, a bit besar (saje taknak too fit coz nak wat pakai raya,takot tak muat dah nnt!!) hehe.. just nice dan sangat match with my veil! tapi sayang tudung yang dah ada kat umah takde yang sesuai. kedekut taknak beli tudung baru.haha.. Last nite my lil sis offer me to sponsor my tudung tunang! owh i like... tenkiu sis :)

checklist

Wednesday, December 16, 2009

Checklist persiapan yang dah hampir siap dan sudah siap setakat ni.Hanya untuk rujukan empunya penulis blog.hiks..

  • HANTARAN DECORATION - so far dah deal dgn tokey kedai dan bunga.harga yg dia bagi em not bad la.hiks..janji outcome nye nnt lawa
  • NATA DE COCO & CANDY - candy jer yg masih belum settle.nak cari yg murah tapi sedap.boleh?
  •  PAPER BAG 
  • MAKEUP - by kak kiah. kawan abg ipar ku
  • CHOCOLATE HANTARAN - dah beli satu. tgl satu jenis lagi. 
  • TUDUNG - arghh penin nk cari tudung yg sesuai
  • HANDGBOUQUE  - bg cina tuh buat sekali. 
 Oklah setakat ni jer yg dapat aku listkan..hurm penin 3x!







cute and inspired me :)

Minggu lepas mak aku pergi ke majlis tunang kat taman kitaorang tgl ni. dan aku sangat tertarik dengan doorgift empunya tuan majlis.its really inspired me...hmmm

its cute isn't??





ni isi kat kat dalam kotak, bahulu kemboja! suke..suke..
 

progress setakat ni ..

HI!

Progress terbaru persiapan tunang aku biasa2 sahaja. Semangat  nak siapkan doorgift minggu lepas tapi tetibe pulak ada barang yang tak cukup. So minggu depan bila barang dah ada baru sambung semula.nasib lah doorgiftnya tak banyak. kira2 sapa yang datang awal dapatlah. kalau yang datang lambat tu nasib lah kalau tak dapat yer.


kasik tunjuk skit jer dulu ek..sabar..







kek hantaran

Wednesday, December 9, 2009

hi peeps!

pasal kek pun aku boleh gaduh besar dengan bf.aish sedih2...aku tak marah tapi aku kecik hati maka tercetus la sedikit pertenglikahan..Tapi dia memang pandai memujuk..tapi aku ttp kecik hati pasal kek hantaran. Maka kek hantaran aku nnt bukan seperti yg aku idam2 kan.sigh*




Sedih

Friday, December 4, 2009



 

pls kawan...aku nk pendapat korang apa yg tak kene dengan tarikh yang aku circle dengan color merah tu mengikut kalendar islam.... im really stressed right now :,(

Should i hire photographer?

Thursday, December 3, 2009

Adakah wajar tindakan aku jika mahu mengupah seorang photographer bertauliah untuk majlis tunang nnt sedangkan abg iparku sendiri mempunyai DSLR D60? Katekan TIDAK! sudah tentu mahu cut budget,maka no photographer. Sudah setuju dan sebulat suara mahu abg iparku sendiri yg ambil gamba tunang nanti. Malas mahu pikir2 lagi.heeee..



Hadiah pintu

Aku dan mak sudah bersetuju untuk memberi hadiah pintu(door gift ler..) pada tetamu yg hadir pada majlis pertunangan aku nnt. Agak2 apa yang aku nak bagi pada tetamu nanti ye? hm memandangkan ni hanyalah majlis pertunangan maka door gift nye pun ala2 kadar shj. dua jenis barang yang nak bagi iaitu kapkek (yg ni pun aku tamak nak buat sendiri-bajet ada byk masa lah tu).. dan satu lagi tettt! tak bleh lah kasi tau. nanti tak surprise maaa.. untuk kapkek aku dah beli casing dia semalam.100pcs/rm14. Contoh casing mcm kat bawah.
*
*
*
*
*
 
 


 

ni pic contoh sahaja yg aku cilok kat http://lea-oven.blogspot.com/ 
 memang tip top lah design kak lea ni..so credit to her! 
 
 
 
 
 

kapkek,kek & cookies..

Mengikut kiraan aku sendiri. Hantaran berupa kek, kapkek & cookies aku nak buat sendiri. Tapi adakah aku mempunyai cukup masa utk buat ni semua?? kalau mcm cookies tu mungkin boleh buat seminggu awl sebab boleh simpan lama mcm biskut raya jugak. kapkek ni mungkin tak byk keje sgt sangat sebab aku nak buat bunga gumpaste tu 2 minggu awl.so 2 hari sebelum majlis tu tinggal nak letak2 je ats kapkek. pasal kek pulak,ni kira first time nak deco kek sebiji. aku dah wat kire2, kalau buatnya kek yg aku deco tu tak jadi,alamatnya berdesup lah aku g beli kek kat secret recipe.huhuhu. C?aku sanggup ambik risk...sedangkan aku tahu kemampuan aku setakat mana tapi takpe nak mencuba. kalau tak cuba mcm nak tau skill deco aku kan? kang bile org order kek kang menggigil2 tak bleh buat.hm...doa2 kan lah :)

tadi aku geledeh folder kat pc ni. Aku tak igt la aku cilok pic ni dari mana. sape2 yang tahu sila tinggalkan link pada comment box ye. walau apa pun credit to owner kerana mempunyai idea yg kreatif! i luv it soooo so much..



kain pasang pemberian FMIL

hi there!

oh aku lupa nak share pasal kain ni.hehehe.kain pasang ni pemberian bakal mak mentua ku. die kasik masa datang merisik itu hari. cantik tak???cantik kan? haha.neway tenkiu la.wat susah2 je...padahal aku memang giler kain pasang.kalau g jalan TAR tu tak sah berplastik2 aku bwk blk kain pasang.hm kate perempuan melayu terakhir.pakai baju kurung selalu yuuu..haha.




contoh-contoh hantaran lagi :)

haip!
Sudah lama aku rasa tak menghapdet blog ni.fikiran aku sedang bercelaru sekarang.tak tahu apa yg patot ditulis di sini.arggh! tensen...barang2 hantaran dah setle cuma ada barang yang kecik2 tu masih belum setle.apa die tu?ahaha..aku sendiri pun tak tahu.nantilah aku buat satu senarai kat sini.semalam blog walking lagi.tetibe ntah camner tersesat kat link ni http://nuwoo8.fotopages.com/. Masuk2 je terus admire dan jatuh cinta dengan sentuhan beliau. Aku nak design mcm beliau untuk hantaran aku nnt boleh tak? kat bwh ni ade sebahagian gambar dari fotopages beliau. Mohom ampun letak pic kamoo di sini yer.credit to nuwoo




 


~sireh junjung~


desingn2 nuwoo ni memberi inspirasi pada aku utk menghasilkan hantaran nnt sb aku punya bekas hantaran serupa mcm dlm pic.yang merungsingkan aku sekarang mcm mana nak buat sireh junjung dlm bekas mcm ni.so bila dah ternampak design nuwoo ni trus je *tink! hahaha...
 
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada