checklist 281209

Monday, December 28, 2009

tinggal 6 hari lagi. Aku kat sini kejap2 berdebar, kejap2 ok je. Jemputan sebelum ni adalah 150 orang. Tapi malam kelmarin,mak pesan kat aku suh tambah items doorgift sebab tetamu jemputan ditambah jadi 200 orang! Ye memang mak dan abah punya ramai kenalan,dan plan dieorang sebelum ni nak menjemput kenalan yang terdekat sahaja tapi tup-tup ramai pulak kawan2 mak dan abah yang terdengar khabar aku akan melangsungkan pertunangan.Maka, bila dieorang dah tanya tak kan tak menjemput kan? so abah dan mak ikhlas jemput kawan2 dieorang yg sebelum ni takde dalam list. aku? aku memang suka suasana yang meriah dengan kehadiran tetamu yang diundang..best sangat,terasa majlis kita tu bermakna dengan kehadiran tetamu yg meraikan majlis.....ngee :)

Maka dengan itu juga semalam aku tambah doorgift lagi 50pcs..candy pun dah kehabisan juga..
tinggal beberapa saja lagi kan.here checklist setakat 281209

Kek hantaran pick up petang ni 281209 (kek secret recipe,uols tahu leh thn 2mgu kan..)
Bahulu ikan untuk hantaran pick up 311209
items #3 untuk doorgift pick up 311209 juga..apa dia tu???haha
Fruits pun nak beli 311209 supaya kekal fresh gtu...

apa lagi???tu je lah setakat ni..

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada