*
*
*
*
*
yay..aku dah beli white wooden tray untuk letak ats dulang hantaran.baru beli 5.kalau tak cukup nanti beli lagi ye.aku tak sure kalau cina kedai tu tipu harga wooden tray tu kat aku.dia bg lebih kurang rm 18/pcs.retail price kalo kat kl aku tak tahu la berapa kan.takpelah kalu tertipu pun coz aku dah puas hati sangat skang ni.hehehe.gambar tak yah snap lah.sama jer cam pic kat bawah tu.
Semalam juga aku dan mak sudah bersetuju untuk letak gubahan bunga segar pada hantaran.yay! setakat ini hantaran telah dipersetujui untuk membuat sendiri.tak jadi nak hire org! so kita tunggu dah lihat saja lah mcm mana hasilnya nanti.ok..
oh ye,baju tunang juga telah hantar jahit kat kedai auntie.hopefully senonoh la hasilnya.pertengahan discember insyaallah siap.baju melayu sayang juga telah hantar kedai.
bercakap mengenai kain,aku sangat2 bengang+marah+*%$&@# kat seller@ staff jakel yang layan aku masa beli kain tunang hari tu.kalau ikut promotion dieorang...
RM499 Include
2M LACE, 4M LINING, 4M BAJU MELAYU, FREE SAMPING
tapi seller yang aku akan ingat muka dia sampai mati tu suggest kat aku ambik lace 1/2m lagi coz lace aku pilih tu ada border takut tak cukup nanti.so aku tanya dia banyak ke nak kene tambah untuk 1/2 m lagi pastu dia nego2 dapat lah rm75.biasanya kita beli kain mana ada nak cek betul ke tidak yang dia tu potong kain ikut berapa m kita nak kan?kalau dia tak potong ikut m yang kita nak,mcm ne plak dia boleh kerje kat jakel tu kan?so kita anggap dia jujur lah.tapi malangnya dia tak jujur seperti yang aku sangka sebab balik rumah aku bentang kain tu kat ats lantai dan terlintas nak ukur balik sebab nampak mcm tak lari dari 2m lace tu.aku ambik tali tape dan ukur.SAH! dia bagi aku 2m suku bukan 2m setengah!!!!!!! ..untuk kepastian,masa aku hantar kain tu kat kedai jahit,aku suh auntie tu ukur sekali lagi dan nyata sekali memang 2m suku sahaja.see? betapa tak jujur nya dia.aku sudah rugi RM37.50
Hari ini juga aku akan call jakel untuk buat aduan supaya seller yang sama tu tak buat pada customer yang lain jugak.nasib baik pada resit ada no id seller.so boleh la aku bagi no tu pada manager untuk dia ambik tindakan.tak sangka nama yang gah mcm JAKEL ni masih mempunyai pekerja yang tidak jujur.buat malu je..
moral of the story-->>>hati2 semasa memilih kain dan beri tumpuan sepenuhnya semasa org tu potong kain.jangan mata tu dok kerling tempat lain.
Sekian terima kasih.
aku mula rasa excited tetiba! jelajah and jelajah dari satu blog ke satu blog,maka aku dah rasa teruja nak buat hantaran guna fresh flower.lagipun fresh flower yg dijual kat area mentakab ni sangat berpatutan harganya.tu dulu la masa aku beli beberapa dozen bunga rose utk gubah ats my sis wedding cake.sekarang punya harga?aku tau tak jauh beza pun..
cantik tak?
sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan ku masa tu.apa org lain nak kata,lantaklah.yang penting ni adalah my dream cake tau! dulu konon nak cake mcm ni bila kawin nanti tapi dah terbagi idea ni kat my sis pulak.100% idea aku.hiks.
Setakat ni persiapan masih belum sampai 50% lagi! ish kalau org lain ni dah hampir2 siap kan?hari isnin ni baru nak cari bunga2 or bakul2 utk hantaran.so far masih tak tahu lagi nak upah saper untuk buatkan hantaran.sebelum ni ada plan nak hire rahmah(adik bestfren kakak aku) tp dia pulak duduk kedah tapi kadang2 dia ada turun kl.so takde masalah nak buatkan hantaran.entahlah,aku masih lagi rungsing.satu lagi masalah dengan pahar.pahar macam biasa memang kene sewa kat orang dan buat masa sekarang tak tahu nak sewa kat sape lagi.oh TUHAN,banyak nya benda tak siap lagi :(
kalau aku nak buat sendiri hantaran boleh tak?aku suka sangat tgk sentuhan sher design . admire sangat dgn design dia tapi takleh nak hire sebab dia kat kl..malas nak susah2 kan diri sendiri.kalau boleh nak semua benda tu dah ada jer depan mata.nak tiru mcm dia boleh tak?
Tadi jejalan kat satu blog ni .Aku plan nak bagi doorgift utk tetamu masa majlis tunang.So far yang menarik perhatian aku utk diberi pada guest nanti ialah bunga rampai gantung.Tertarik sangat dgn hasil kerja kak nani yang kemas and simple.dah email kak nani tanya pasal bunga gantung ni.hiks suke.tema aku ialah peach maka bunga gantung ni pun haruslah peach tapi kalau bunga dia buat warna kuning then riben2 warna peach..cantik gak kan??owh i like...
pic taken from here
Sabtu ni pegi kl dgn mak.looking for my outfit.setakat ni aku masih lagi tetap dgn tema peach.harap2 takde warna lain yg menarik perhatian aku selain peach.plzzz....goyah iman nanti bila nampak color lain yg lagi cantik dari peach.oh tidak! aku harus cari warna peach jugak utk match dgn baju melayu lelaki.nanti kang pilih warna lain,baju melayu dia pulak yang tak sesuai.
Peach are everywhere....
source glamourousgowns
Aku dah putuskan bahawa color tema untuk majlis tunang aku ialah peach!setakat ni peach dan kalau boleh taknak tukar kepada color lain.oh mintak2 ada color ni kat kedai kain nnt.Sabtu ni akan start hunt for outfit dulu.since adik pempuan aku ada balik cuti,so it will be exciting nak pilih kain untuk dibuat baju tunang ku!
Jadual kerja aku padat sangat nov & dec nanti.every weekend kene kerja.Aku dapat rasakan macam tak sempat nak buat pesiapan.Oleh itu,mulai minggu ni kene start mencari barang yang diperlukan .yippie!
Malas nak mencampur aduk kan personal blog aku dengan blog engagement&wedding, maka terhasil lah blog yang ke 3 dari hak milik terpelihara iaitu KAMIinLOVE aka LAYLA RAHMAN.Fyi,so far aku ada 3 blog yang harus dikendali dengan baik iaitu
and of course lah
Tapi blog yang ni hanya akan dikendali sehingga akhir tahun 2010 sahaja.Selepas itu aku harus focus pada 2 blog itu sahaja.hehehe.Sapa kate buat blog itu susah?tak susah maa..janji kerja kat opis kene didahulukan.ngeh,ngeh...
|
Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada