berdebar sangat...

Wednesday, December 30, 2009

sedikit update...

Aku akan mula bercuti esok sehingga isnin..tinggal 3 hari majlis aku....berdebar sangat. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baek....insyaallah.

*
*
*
*
*
*

checklist 281209

Monday, December 28, 2009

tinggal 6 hari lagi. Aku kat sini kejap2 berdebar, kejap2 ok je. Jemputan sebelum ni adalah 150 orang. Tapi malam kelmarin,mak pesan kat aku suh tambah items doorgift sebab tetamu jemputan ditambah jadi 200 orang! Ye memang mak dan abah punya ramai kenalan,dan plan dieorang sebelum ni nak menjemput kenalan yang terdekat sahaja tapi tup-tup ramai pulak kawan2 mak dan abah yang terdengar khabar aku akan melangsungkan pertunangan.Maka, bila dieorang dah tanya tak kan tak menjemput kan? so abah dan mak ikhlas jemput kawan2 dieorang yg sebelum ni takde dalam list. aku? aku memang suka suasana yang meriah dengan kehadiran tetamu yang diundang..best sangat,terasa majlis kita tu bermakna dengan kehadiran tetamu yg meraikan majlis.....ngee :)

Maka dengan itu juga semalam aku tambah doorgift lagi 50pcs..candy pun dah kehabisan juga..
tinggal beberapa saja lagi kan.here checklist setakat 281209

Kek hantaran pick up petang ni 281209 (kek secret recipe,uols tahu leh thn 2mgu kan..)
Bahulu ikan untuk hantaran pick up 311209
items #3 untuk doorgift pick up 311209 juga..apa dia tu???haha
Fruits pun nak beli 311209 supaya kekal fresh gtu...

apa lagi???tu je lah setakat ni..

rose oh rose

Cuti krimas baru2 ni aku bz teramat..bz mencuba sekali lagi bunga rose dari gumpaste.mintak2 kali ni bunga dia tak rosak.dah 2 kali aku try sebelum ni,seminggu mcm tu bunga nya rosak.So harap yang ni boleh bertahan lama sikit.sabar ye cik rose,nak pakai kamu hari sabtu ni.....
 

 
 

 
this time aku buat roses ni kaler putih jer..nak match dengan roses yang kecik2 kaler pink. pic lupa nak snap.. actually ak suka tgk roses yang kak rani and kak ita buat...
 

ni rose dari kak ita from guladanmentega.
 

do i need manicure treatments?

Thursday, December 24, 2009

Perlukah aku mendapatkan rawatan manicure? jari aku ni pun bukan burok sangat pun.hahaha.cuma kalau ada masa tu mungkin berminat juga nak buat manicure..nak cari masa celah mananya? semua nak buat sendiri kan?haish...nak siapkan cupcake, nak pic up wan dan aki kat kg. pick up hantaran yang dah siap.hrm tgk lah mcm mana tapi hati ni gedik nak buat gak..ngee..






candy sudah siap :)

Malam kelmarin,aku kunci bilik and dok terperap dekat 40 minit menyiapkan doorgift candy ni haa..Al maklumlah anak2 buah ada kat umah so kene buat sorok2 candy ni..nanti ada balance boleh la bagi dorang (aduss kedekut punya auntie..haha). Uncang aku beli cukup2 100 pcs tapi candy ada banyak lagi lebih. Kene cari uncang lagi ni tapi tak sama dengan yang asal lah sebab yang asal jual 100 pcs je.aku nak dalam 50 pcs je lagi.Hurmm buat sorang2 pun jadi lah kan.lagipun bukan banyak.Fenin gak aku sekarang ni. Rasa mcm banyak benda lagi yang tak settle..haisshh..



tak surprise dah kan?takpelah candy je lagi pun....



p/s-->>yay gaji dah masuk.
            lega sikit dah pecahan bajet...hiks..

nak tampar orang!

Wednesday, December 23, 2009

Sejak dua menjak ni kami asyik bergaduh jer! tak tahu gaduh pasal apa.lagi dekat nak tunang ni lagi macam2 benda yang nak digaduhkan. Ishh perasaan sekarang memang rasa nak tampar muka orang jer..geram yang teramat sangat!



hampir siap :)

Monday, December 21, 2009

From last week,aku ralik menyiapkan paper bag utk doorgift dan atas nasihat along dan abg iparku,aku telah menambah lagi 50 pcs paper bag..pheww..sakit pegang but sangat berpuas hati dengan hasil tangan ku setakat ni.hehe.. owh,nana(my lil sis) pun dah mula ringan tulang untuk membantu.tenkiu :)



 

1 more left..

Thursday, December 17, 2009

oh gosh! satu lagi hantaran untuk si dia masih tak tahu nak bagi ape?????? arghh..

i just drop by here



agar-agar kering. cantik sangat kan bila digubah menjadi bunga rose.em tapi kat sini macam nak dapatkan? huh..anyone?

FOR HIM

SIREH JUNJUNG
FRUITS
CHOCOLATE
CAKE
CUPCAKE
BUNGA RAMPAI 
?
KEMEJA
PERFUMES 
 

my outfit udah siap :)

Mornink!

Macam ne aku leh lupa nak masukkan entry pasal.....BAJU TUNANG AKU DAH SIAP!!! yahoooo.. Ekceli dah siap dari minggu lepas lagi. lupa jer nak masukkan entry pasal tuh. em just baju kurung moden, a bit besar (saje taknak too fit coz nak wat pakai raya,takot tak muat dah nnt!!) hehe.. just nice dan sangat match with my veil! tapi sayang tudung yang dah ada kat umah takde yang sesuai. kedekut taknak beli tudung baru.haha.. Last nite my lil sis offer me to sponsor my tudung tunang! owh i like... tenkiu sis :)

checklist

Wednesday, December 16, 2009

Checklist persiapan yang dah hampir siap dan sudah siap setakat ni.Hanya untuk rujukan empunya penulis blog.hiks..

  • HANTARAN DECORATION - so far dah deal dgn tokey kedai dan bunga.harga yg dia bagi em not bad la.hiks..janji outcome nye nnt lawa
  • NATA DE COCO & CANDY - candy jer yg masih belum settle.nak cari yg murah tapi sedap.boleh?
  •  PAPER BAG 
  • MAKEUP - by kak kiah. kawan abg ipar ku
  • CHOCOLATE HANTARAN - dah beli satu. tgl satu jenis lagi. 
  • TUDUNG - arghh penin nk cari tudung yg sesuai
  • HANDGBOUQUE  - bg cina tuh buat sekali. 
 Oklah setakat ni jer yg dapat aku listkan..hurm penin 3x!







cute and inspired me :)

Minggu lepas mak aku pergi ke majlis tunang kat taman kitaorang tgl ni. dan aku sangat tertarik dengan doorgift empunya tuan majlis.its really inspired me...hmmm

its cute isn't??





ni isi kat kat dalam kotak, bahulu kemboja! suke..suke..
 

progress setakat ni ..

HI!

Progress terbaru persiapan tunang aku biasa2 sahaja. Semangat  nak siapkan doorgift minggu lepas tapi tetibe pulak ada barang yang tak cukup. So minggu depan bila barang dah ada baru sambung semula.nasib lah doorgiftnya tak banyak. kira2 sapa yang datang awal dapatlah. kalau yang datang lambat tu nasib lah kalau tak dapat yer.


kasik tunjuk skit jer dulu ek..sabar..







kek hantaran

Wednesday, December 9, 2009

hi peeps!

pasal kek pun aku boleh gaduh besar dengan bf.aish sedih2...aku tak marah tapi aku kecik hati maka tercetus la sedikit pertenglikahan..Tapi dia memang pandai memujuk..tapi aku ttp kecik hati pasal kek hantaran. Maka kek hantaran aku nnt bukan seperti yg aku idam2 kan.sigh*




Sedih

Friday, December 4, 2009



 

pls kawan...aku nk pendapat korang apa yg tak kene dengan tarikh yang aku circle dengan color merah tu mengikut kalendar islam.... im really stressed right now :,(

Should i hire photographer?

Thursday, December 3, 2009

Adakah wajar tindakan aku jika mahu mengupah seorang photographer bertauliah untuk majlis tunang nnt sedangkan abg iparku sendiri mempunyai DSLR D60? Katekan TIDAK! sudah tentu mahu cut budget,maka no photographer. Sudah setuju dan sebulat suara mahu abg iparku sendiri yg ambil gamba tunang nanti. Malas mahu pikir2 lagi.heeee..



Hadiah pintu

Aku dan mak sudah bersetuju untuk memberi hadiah pintu(door gift ler..) pada tetamu yg hadir pada majlis pertunangan aku nnt. Agak2 apa yang aku nak bagi pada tetamu nanti ye? hm memandangkan ni hanyalah majlis pertunangan maka door gift nye pun ala2 kadar shj. dua jenis barang yang nak bagi iaitu kapkek (yg ni pun aku tamak nak buat sendiri-bajet ada byk masa lah tu).. dan satu lagi tettt! tak bleh lah kasi tau. nanti tak surprise maaa.. untuk kapkek aku dah beli casing dia semalam.100pcs/rm14. Contoh casing mcm kat bawah.
*
*
*
*
*
 
 


 

ni pic contoh sahaja yg aku cilok kat http://lea-oven.blogspot.com/ 
 memang tip top lah design kak lea ni..so credit to her! 
 
 
 
 
 

kapkek,kek & cookies..

Mengikut kiraan aku sendiri. Hantaran berupa kek, kapkek & cookies aku nak buat sendiri. Tapi adakah aku mempunyai cukup masa utk buat ni semua?? kalau mcm cookies tu mungkin boleh buat seminggu awl sebab boleh simpan lama mcm biskut raya jugak. kapkek ni mungkin tak byk keje sgt sangat sebab aku nak buat bunga gumpaste tu 2 minggu awl.so 2 hari sebelum majlis tu tinggal nak letak2 je ats kapkek. pasal kek pulak,ni kira first time nak deco kek sebiji. aku dah wat kire2, kalau buatnya kek yg aku deco tu tak jadi,alamatnya berdesup lah aku g beli kek kat secret recipe.huhuhu. C?aku sanggup ambik risk...sedangkan aku tahu kemampuan aku setakat mana tapi takpe nak mencuba. kalau tak cuba mcm nak tau skill deco aku kan? kang bile org order kek kang menggigil2 tak bleh buat.hm...doa2 kan lah :)

tadi aku geledeh folder kat pc ni. Aku tak igt la aku cilok pic ni dari mana. sape2 yang tahu sila tinggalkan link pada comment box ye. walau apa pun credit to owner kerana mempunyai idea yg kreatif! i luv it soooo so much..



kain pasang pemberian FMIL

hi there!

oh aku lupa nak share pasal kain ni.hehehe.kain pasang ni pemberian bakal mak mentua ku. die kasik masa datang merisik itu hari. cantik tak???cantik kan? haha.neway tenkiu la.wat susah2 je...padahal aku memang giler kain pasang.kalau g jalan TAR tu tak sah berplastik2 aku bwk blk kain pasang.hm kate perempuan melayu terakhir.pakai baju kurung selalu yuuu..haha.




contoh-contoh hantaran lagi :)

haip!
Sudah lama aku rasa tak menghapdet blog ni.fikiran aku sedang bercelaru sekarang.tak tahu apa yg patot ditulis di sini.arggh! tensen...barang2 hantaran dah setle cuma ada barang yang kecik2 tu masih belum setle.apa die tu?ahaha..aku sendiri pun tak tahu.nantilah aku buat satu senarai kat sini.semalam blog walking lagi.tetibe ntah camner tersesat kat link ni http://nuwoo8.fotopages.com/. Masuk2 je terus admire dan jatuh cinta dengan sentuhan beliau. Aku nak design mcm beliau untuk hantaran aku nnt boleh tak? kat bwh ni ade sebahagian gambar dari fotopages beliau. Mohom ampun letak pic kamoo di sini yer.credit to nuwoo




 


~sireh junjung~


desingn2 nuwoo ni memberi inspirasi pada aku utk menghasilkan hantaran nnt sb aku punya bekas hantaran serupa mcm dlm pic.yang merungsingkan aku sekarang mcm mana nak buat sireh junjung dlm bekas mcm ni.so bila dah ternampak design nuwoo ni trus je *tink! hahaha...
 

Merisik selesai sudah.......

Monday, November 30, 2009

Alhamdulilah,
Acara merisik telah selamat dijalankan pada 28Nov09 hari Sabtu iaitu pada Raya Haji ke 2.Pihak lelaki selamat sampai pada pukul 12.30 tgh hari iaitu sejam awal.Mengikut perangcangan dengan imam masjid (iaitu kawan baik abah) sebelum ini pukul 2ptg iaitu selepas Zohor.Tapi memandangkan pihak lelaki mcm nak cepat pulang jadi abah dan mak pergi menjemput imam tersebut di rumah beliau yang tak berapa jauh tu.Lucky! pak imam baru jer selesai menjalankan tugas beliau di satu majlis tunang.

Sebenarnya sebelum ni keluarga bf aku tak biasa datang merisik sebab sebelum ni dieorang merisik melalui tel sahaja.Aku sendiri tak pasti kenapa :( Tapi kalau mengikut adat di sebelah aku,sebelum kahwin kene ikut step by step iaitu merisik dan bertunang. Majlis pertunangan di sini pun boleh di kira agak meriah.Tidak seperti di sesetengah tempat, majlis pertunangan diadakan di antara keluarga terdekat sahaja.Di sini,jiran2 terdekat dan sahabat akan dijemput.

Disebabkan tak biasa datang merisik,pihak lelaki sebenarnya agak terkejut dengan kehadiran pak imam. Alah sebenarnya pak imam tu dijemput sekadar untuk menjadi orang tengah (perantara) atau lebih tepat untuk menjadi saksi kepada acara merisik nih.Kalau di Pahang ni acara merisik sendiri perlu dihadiri orang ketiga untuk memudahkan urusan.Maksud orang ketiga tu adalah orang yang rapat dengan keluarga pihak perempuan dan semestinya pandai bercakap.Jadi acara merisik selesai dalam pukul 1.15pm. Masa merisik tu aku duk kat atas sambil pasang telinga.

Alhamdulillah pihak lelaki telah bersetuju untuk memberikan hantaran sebanyak 1*,***.Itulah yang telah dipersetujui antaran aku dan bf sebelum ni.Terima kasih sayang!

Dah selesai majlis aku pun turun dan bakal mak mentua pun menyarungkan cincin tanda.*wink*


Selepas tu makan tengah hari dan dalam pukul 2.15 pihak lelaki pun bertolak balik.C?sekejap jer kan dieorang datang.Tapi semuanya berjalan dengan lancar.


Di bawah ni sedikit sebanyak gambar sewaktu majlis tersebut.Tak banyak.gambar yang lain boleh tgk kat fb.


checklist hantaran tunang~

Thursday, November 19, 2009

apa yang tak cukup lagi ek?buat checklist dulu lah...



CHECKLIST HANTARAN

BRIDE to GROOM

1- SIREH JUNJUNG (hire)
2- KEMEJA
3- PERFUMES
4- COKLAT (7 hari sblm majlis beli)
5- FRUITS (2 hari sebelum majlis)
6- KEK (selfmade)
7- CUPCAKES (selfmade)
8- COOKIES (selfmade)
9- BUNGA RAMPAI  (bekas dah ada tapi potpuri beli kemudian)


GROOM to BRIDE

1- SIREH JUNJUNG
2- KEK (order kat kak zaty pekan)
3- FRUITS
4- CINCIN MERISIK & TUNANG
5- PERFUMES
6- KASUT
7- PERSALINAN 

veil



Entah bila aku tergedik nak ambik pic veil ni.haha.Veil ni aku beli kat jakel sekali masa beli oufit tunang aku.tak sabar nak pakai benda ni.haha.mestila.......time tunang lanang ni la merasa nak pakai kan?colour adalah peach dah sangat matching dengan baju tunang! yay....




cupcakes??

Tuesday, November 17, 2009

Hi peeps!

2 hari ni aku penin memikirkan design yg sesuai utk cuppies engagement aku.penin2 yg terkate.tgk design A, design B, design C sampai kadang2 rasa nak buat semua! aduh...serius buntu giler skang.hari tu nak letak 9 biji jer ats dulang,pastu tambah 16 biji skang rasa nak letak terus satu kotak yg ada 25 biji ats dulang..wua..wua...


So kat bwh ni hanya lah salah satu contoh yg aku berkenan sgt.ada yg diambil kat blog kak rani,ada juga yg aku dah lupa ambik kat mane.harap owner pic tak marah.credit to owner..





p/s-->>fyi,aku akn buat sendiri kapkek ni since
            aku kan owner laylacupcakes.blogspot.com
            So harus la kan.

hantaran dah setle.....




Alhamdulilah last week dah setle barang2 hantaran kedua2 belah pihak.aku keluar date dgn si dia sabtu lepas hunting for my heels.at last jumpa jugak yg berkenan di hati.so trus jer grab walaupun takde less coz new arrival.tapi sangat matching dengan persalinan aku.oh ye,sebenarnya barang hantaran aku semua bewarnakan pink.haha.dunno la mcm ne boleh sama.kebetulan kot.tapi sangat puas hati la.setakat ni dah takde ape yg nak dibincangkan.Pihak lelaki pun dah setuju utk datang merisik pada raya haji ke 2.uish nervous pulak aku.




Gerbera Daisy Hand Bouquet

Saturday, November 7, 2009

I Love daisy so much!! here some pix hand bouquet from daisy...emm




cerita 2NOV 09

Tuesday, November 3, 2009

yay..aku dah beli white wooden tray untuk letak ats dulang hantaran.baru beli 5.kalau tak cukup nanti beli lagi ye.aku tak sure kalau cina kedai tu tipu harga wooden tray tu kat aku.dia bg lebih kurang rm 18/pcs.retail price kalo kat kl aku tak tahu la berapa kan.takpelah kalu tertipu pun coz aku dah puas hati sangat skang ni.hehehe.gambar tak yah snap lah.sama jer cam pic kat bawah tu.

Semalam juga aku dan mak sudah bersetuju untuk letak gubahan bunga segar pada hantaran.yay! setakat ini hantaran telah dipersetujui untuk membuat sendiri.tak jadi nak hire org! so kita tunggu dah lihat saja lah mcm mana hasilnya nanti.ok..

oh ye,baju tunang juga telah hantar jahit kat kedai auntie.hopefully senonoh la hasilnya.pertengahan discember insyaallah siap.baju melayu sayang juga telah hantar kedai.

bercakap mengenai kain,aku sangat2 bengang+marah+*%$&@# kat seller@ staff jakel yang layan aku masa beli kain tunang hari tu.kalau ikut promotion dieorang...

RM499 Include

2M LACE, 4M LINING, 4M BAJU MELAYU, FREE SAMPING

tapi seller yang aku akan ingat muka dia sampai mati tu suggest kat aku ambik lace 1/2m lagi coz lace aku pilih tu ada border takut tak cukup nanti.so aku tanya dia banyak ke nak kene tambah untuk 1/2 m lagi pastu dia nego2 dapat lah rm75.biasanya kita beli kain mana ada nak cek betul ke tidak yang dia tu potong kain ikut berapa m kita nak kan?kalau dia tak potong ikut m yang kita nak,mcm ne plak dia boleh kerje kat jakel tu kan?so kita anggap dia jujur lah.tapi malangnya dia tak jujur seperti yang aku sangka sebab balik rumah aku bentang kain tu kat ats lantai dan terlintas nak ukur balik sebab nampak mcm tak lari dari 2m lace tu.aku ambik tali tape dan ukur.SAH! dia bagi aku 2m suku bukan 2m setengah!!!!!!! ..untuk kepastian,masa aku hantar kain tu kat kedai jahit,aku suh auntie tu ukur sekali lagi dan nyata sekali memang 2m suku sahaja.see? betapa tak jujur nya dia.aku sudah rugi RM37.50

Hari ini juga aku akan call jakel untuk buat aduan supaya seller yang sama tu tak buat pada customer yang lain jugak.nasib baik pada resit ada no id seller.so boleh la aku bagi no tu pada manager untuk dia ambik tindakan.tak sangka nama yang gah mcm JAKEL ni masih mempunyai pekerja yang tidak jujur.buat malu je..

moral of the story-->>>hati2 semasa memilih kain dan beri tumpuan sepenuhnya semasa org tu potong kain.jangan mata tu dok kerling tempat lain.

Sekian terima kasih.

fresh flower and my dream cake

Saturday, October 31, 2009

aku mula rasa excited tetiba! jelajah and jelajah dari satu blog ke satu blog,maka aku dah rasa teruja nak buat hantaran guna fresh flower.lagipun fresh flower yg dijual kat area mentakab ni sangat berpatutan harganya.tu dulu la masa aku beli beberapa dozen bunga rose utk gubah ats my sis wedding cake.sekarang punya harga?aku tau tak jauh beza pun..

cantik tak?

sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan ku masa tu.apa org lain nak kata,lantaklah.yang penting ni adalah my dream cake tau! dulu konon nak cake mcm ni bila kawin nanti tapi dah terbagi idea ni kat my sis pulak.100% idea aku.hiks.

items hantaran?

boleh dikira blog ni merangkap kepada diary peribadi aku.nak tulis dalam diary sekarang ni dah tak selamat+tak bleh nak letak2 gambar.so adanya blog ni menjadi satu medium yg mudah bagi aku untuk membuku kan kisah2 aku sepanjang persiapan menjadi ratu sehari.ouch,gedik! sebab aku suka flashback story aku dan si dia.kan best kalu ada kenangan manis cenggini!! 

Setakat ni persiapan masih belum sampai 50% lagi! ish kalau org lain ni dah hampir2 siap kan?hari isnin ni baru nak cari bunga2 or bakul2 utk hantaran.so far masih tak tahu lagi nak upah saper untuk buatkan hantaran.sebelum ni ada plan nak hire rahmah(adik bestfren kakak aku) tp dia pulak duduk kedah tapi kadang2 dia ada turun kl.so takde masalah nak buatkan hantaran.entahlah,aku masih lagi rungsing.satu lagi masalah dengan pahar.pahar macam biasa memang kene sewa kat orang dan buat masa sekarang tak tahu nak sewa kat sape lagi.oh TUHAN,banyak nya benda tak siap lagi :(

kalau aku nak buat sendiri hantaran boleh tak?aku suka sangat tgk sentuhan sher design . admire sangat dgn design dia tapi takleh nak hire sebab dia kat kl..malas nak susah2 kan diri sendiri.kalau boleh nak semua benda tu dah ada jer depan mata.nak tiru mcm dia boleh tak?

Cerita 24hb October 09

Wednesday, October 28, 2009

yay aku dapat color yang diidam2 kan....
Baru hari ni dapat berblogging.sabtu lepas pergi ke kl dgn mak looking for my outfit dan beberapa barang hantaran.and guess what?sogo SALE as usual sampai 8nov09.sampai jer kami terus ke jakel dulu.naik tingkat 4 kat bhngn french lace or pakej2 pengantin punyer.em tak lama pun kiteorg kat jakel.nampak yang berkenan trus grab jer.malas nak lama2 takot nanti berkenan yang rm1k++ for 4 meters! hish tak mau la..last2 aku grab yang pakej pengantin rm 4xx include 2m lace beaded + 4m lining + 4m baju melayu + free samping.tapi sayang,aku terpaksa tambah a few 2xx untuk 1/2m kain lace sebab akak tu kata selamat ambik 1/2m lagi coz lace ni ada border + pulak aku nak buat baju kurung moden.takut tak cukup katenya.so aku ikutkan je lah then terpikat dengan veil yg sengaja diletakkan kat bahagian counter bayaran.thats why kene tambah 2xx lagi.haish bankrup dah.
**********************************************************
pengembaraan mencari barang hantaran diteruskan lagi.kali ni kat sogo plak.aku grab perfumes utk si dia brand hugo BOSS.disebabkan aku tak berapa nak tahu brand apa yang wangi utk lelaki so aku beli jer hugo boss coz brand ni mg diketahui ramai sangat lah wangi terutama wangian lelaki.dalam checklist memang aku nak hantaran make up set tapi make up set estee lauder sangatlah tidak berbaloi jika aku beli sebab harga rm4xx untuk beberapa barang yg ntah hape2.jadi aku rasa sangat tidak berbaloi w/pun aku sudah jatuh cinta pada free gift beg make up dia! auww....jalan2 lagi jumpa pulak brand clinique.set dia ok tapi si dia pulak tak ok so aku dah hilang mood untuk cari barang hantaran aku....
**********************************************************
naik tingkat atas utk cari kemeja si dia pulak.ada yang berkenan di hati brand bonia tapi tak beli sebab nnt kalau bayar tak dpat paper bag bonia.hiks.so turun balik pergi butik bonia kat 1st floor.nasib ada yang sama,so wajib beli and dapat paper bag! harus lah ada paper bag sebab aku "pengumpul tegar" paper bag.suke..suke..
************************************************************
then jalan2 lagi jumpa dah my perfumes.DKNY.tak jadi beli make up.benci tau! huh tapi si dia janji nanti kawin belikan make up set pulak.ok i lap u.hiks :)

Bunga gantung

Thursday, October 22, 2009

Tadi jejalan kat satu blog ni .Aku plan nak bagi doorgift utk tetamu masa majlis tunang.So far yang menarik perhatian aku utk diberi pada guest nanti ialah bunga rampai gantung.Tertarik sangat dgn hasil kerja kak nani yang kemas and simple.dah email kak nani tanya pasal bunga gantung ni.hiks suke.tema aku ialah peach maka bunga gantung ni pun haruslah peach tapi kalau bunga dia buat warna kuning then riben2 warna peach..cantik gak kan??owh i like...

pic taken from here

Peachy..peachy..

Wednesday, October 21, 2009

Sabtu ni pegi kl dgn mak.looking for my outfit.setakat ni aku masih lagi tetap dgn tema peach.harap2 takde warna lain yg menarik perhatian aku selain peach.plzzz....goyah iman nanti bila nampak color lain yg lagi cantik dari peach.oh tidak! aku harus cari warna peach jugak utk match dgn baju melayu lelaki.nanti kang pilih warna lain,baju melayu dia pulak yang tak sesuai.

Peach are everywhere....






Mini pelamin

Monday, October 19, 2009

Sabtu lepas keluar pegi temerloh dgn mak aku.Niat nak cari persalinan utk tunang nanti tapi dgn jumlah kedai kain yang minimum kat temerloh tu+corak yg terhad maka takde satu pun yang berkenan di hati aku.satu temerloh dah aku round tapi tetap takde walaupun aku tau hakikatnya.so plan B kami adalah turun KL dis week.Alang2 dah nak ke sana,maka harus aku beli "sedikit" barang hantaran utk si dia dan apa sahaja yang aku rasa nak beli.hiks.
***************************************************
Tapi tak sia2 gak aku pegi temerloh coz aku dah book mini pelamin.err actually tak book lagi tapi rasa mcm dah book sb owner butik tu kawan baik mak.so memula dia bagi tau harga RM3xx tapi bila nak blah dari butik tu aku tanya sekali lagi harga mini pelamin tu and she said "alah dah kenal2 ni lain la sikit harga nya,jgn risau la...nanti datang sekali lagi utk confirm balik.pastu bawak sekali design macam mana yg awak nak"..
*************************************************
Yang bestnya,suami pada owner butik ni adalah pembuat pelamin & penjual pelamin juga.so design2 pelamin dia adalah yang latest dan dia boleh buat pelamin baru+design baru atas permintaan customer then pelamin tu nanti dia akan sewa or jual semula.But for my wedding,aku tak pilih butik ni sb utk wedding insya allah kalau rezeki lebih aku nak gunakan fresh flowers dan butik pilihan?masih dalam peringkat pemilihan,sooner aku akan buat short list...no worries!

tak balik pun takpe....

Friday, October 16, 2009

Pagi ni dapat email from my sis yg duduk aus tu.dah dizcus pasal tarikh kawin aku dgn hasben die rupenye.hiks...ye lah aku nak kawin kene tgk tiket flight dia,so baru aku boleh set date utk kawin.so memandangkan aku dan si dia plan nak langsungkan lepas raya,molek sgt lah tarikh yang kakak aku suggest kan tu.mungkin dalam bulan oktober.hiks.sangat seronok ok.untuk majlis tunang ni kalau boleh dieorang nak le balik tapi bg aku tak blik pun takpe coz nanti tak berbaloi sebab majlis tunang aku tu nanti buat simple jer.sape tak nak kakak sendiri balik kan? mg aku nak tapi utk majlis yg se simple ini aku rasa tak perlu....hiks.ok?

Our theme would be peach....

Wednesday, October 14, 2009

source glamourousgowns

Aku dah putuskan bahawa color tema untuk majlis tunang aku ialah peach!setakat ni peach dan kalau boleh taknak tukar kepada color lain.oh mintak2 ada color ni kat kedai kain nnt.Sabtu ni akan start hunt for outfit dulu.since adik pempuan aku ada balik cuti,so it will be exciting nak pilih kain untuk dibuat baju tunang ku!

Jadual kerja aku padat sangat nov & dec nanti.every weekend kene kerja.Aku dapat rasakan macam tak sempat nak buat pesiapan.Oleh itu,mulai minggu ni kene start mencari barang yang diperlukan .yippie!

Buah tangan ke 3 dari layla rahman~

Malas nak mencampur aduk kan personal blog aku dengan blog engagement&wedding, maka terhasil lah blog yang ke 3 dari hak milik terpelihara iaitu KAMIinLOVE aka LAYLA RAHMAN.Fyi,so far aku ada 3 blog yang harus dikendali dengan baik iaitu

sweetbite87.blogspot.com

laylacupcakes.blogspot.com

and of course lah

kamiinlove.blogspot.com

Tapi blog yang ni hanya akan dikendali sehingga akhir tahun 2010 sahaja.Selepas itu aku harus focus pada 2 blog itu sahaja.hehehe.Sapa kate buat blog itu susah?tak susah maa..janji kerja kat opis kene didahulukan.ngeh,ngeh...

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada