Merisik selesai sudah.......

Monday, November 30, 2009

Alhamdulilah,
Acara merisik telah selamat dijalankan pada 28Nov09 hari Sabtu iaitu pada Raya Haji ke 2.Pihak lelaki selamat sampai pada pukul 12.30 tgh hari iaitu sejam awal.Mengikut perangcangan dengan imam masjid (iaitu kawan baik abah) sebelum ini pukul 2ptg iaitu selepas Zohor.Tapi memandangkan pihak lelaki mcm nak cepat pulang jadi abah dan mak pergi menjemput imam tersebut di rumah beliau yang tak berapa jauh tu.Lucky! pak imam baru jer selesai menjalankan tugas beliau di satu majlis tunang.

Sebenarnya sebelum ni keluarga bf aku tak biasa datang merisik sebab sebelum ni dieorang merisik melalui tel sahaja.Aku sendiri tak pasti kenapa :( Tapi kalau mengikut adat di sebelah aku,sebelum kahwin kene ikut step by step iaitu merisik dan bertunang. Majlis pertunangan di sini pun boleh di kira agak meriah.Tidak seperti di sesetengah tempat, majlis pertunangan diadakan di antara keluarga terdekat sahaja.Di sini,jiran2 terdekat dan sahabat akan dijemput.

Disebabkan tak biasa datang merisik,pihak lelaki sebenarnya agak terkejut dengan kehadiran pak imam. Alah sebenarnya pak imam tu dijemput sekadar untuk menjadi orang tengah (perantara) atau lebih tepat untuk menjadi saksi kepada acara merisik nih.Kalau di Pahang ni acara merisik sendiri perlu dihadiri orang ketiga untuk memudahkan urusan.Maksud orang ketiga tu adalah orang yang rapat dengan keluarga pihak perempuan dan semestinya pandai bercakap.Jadi acara merisik selesai dalam pukul 1.15pm. Masa merisik tu aku duk kat atas sambil pasang telinga.

Alhamdulillah pihak lelaki telah bersetuju untuk memberikan hantaran sebanyak 1*,***.Itulah yang telah dipersetujui antaran aku dan bf sebelum ni.Terima kasih sayang!

Dah selesai majlis aku pun turun dan bakal mak mentua pun menyarungkan cincin tanda.*wink*


Selepas tu makan tengah hari dan dalam pukul 2.15 pihak lelaki pun bertolak balik.C?sekejap jer kan dieorang datang.Tapi semuanya berjalan dengan lancar.


Di bawah ni sedikit sebanyak gambar sewaktu majlis tersebut.Tak banyak.gambar yang lain boleh tgk kat fb.


checklist hantaran tunang~

Thursday, November 19, 2009

apa yang tak cukup lagi ek?buat checklist dulu lah...



CHECKLIST HANTARAN

BRIDE to GROOM

1- SIREH JUNJUNG (hire)
2- KEMEJA
3- PERFUMES
4- COKLAT (7 hari sblm majlis beli)
5- FRUITS (2 hari sebelum majlis)
6- KEK (selfmade)
7- CUPCAKES (selfmade)
8- COOKIES (selfmade)
9- BUNGA RAMPAI  (bekas dah ada tapi potpuri beli kemudian)


GROOM to BRIDE

1- SIREH JUNJUNG
2- KEK (order kat kak zaty pekan)
3- FRUITS
4- CINCIN MERISIK & TUNANG
5- PERFUMES
6- KASUT
7- PERSALINAN 

veil



Entah bila aku tergedik nak ambik pic veil ni.haha.Veil ni aku beli kat jakel sekali masa beli oufit tunang aku.tak sabar nak pakai benda ni.haha.mestila.......time tunang lanang ni la merasa nak pakai kan?colour adalah peach dah sangat matching dengan baju tunang! yay....




cupcakes??

Tuesday, November 17, 2009

Hi peeps!

2 hari ni aku penin memikirkan design yg sesuai utk cuppies engagement aku.penin2 yg terkate.tgk design A, design B, design C sampai kadang2 rasa nak buat semua! aduh...serius buntu giler skang.hari tu nak letak 9 biji jer ats dulang,pastu tambah 16 biji skang rasa nak letak terus satu kotak yg ada 25 biji ats dulang..wua..wua...


So kat bwh ni hanya lah salah satu contoh yg aku berkenan sgt.ada yg diambil kat blog kak rani,ada juga yg aku dah lupa ambik kat mane.harap owner pic tak marah.credit to owner..





p/s-->>fyi,aku akn buat sendiri kapkek ni since
            aku kan owner laylacupcakes.blogspot.com
            So harus la kan.

hantaran dah setle.....




Alhamdulilah last week dah setle barang2 hantaran kedua2 belah pihak.aku keluar date dgn si dia sabtu lepas hunting for my heels.at last jumpa jugak yg berkenan di hati.so trus jer grab walaupun takde less coz new arrival.tapi sangat matching dengan persalinan aku.oh ye,sebenarnya barang hantaran aku semua bewarnakan pink.haha.dunno la mcm ne boleh sama.kebetulan kot.tapi sangat puas hati la.setakat ni dah takde ape yg nak dibincangkan.Pihak lelaki pun dah setuju utk datang merisik pada raya haji ke 2.uish nervous pulak aku.




Gerbera Daisy Hand Bouquet

Saturday, November 7, 2009

I Love daisy so much!! here some pix hand bouquet from daisy...emm




cerita 2NOV 09

Tuesday, November 3, 2009

yay..aku dah beli white wooden tray untuk letak ats dulang hantaran.baru beli 5.kalau tak cukup nanti beli lagi ye.aku tak sure kalau cina kedai tu tipu harga wooden tray tu kat aku.dia bg lebih kurang rm 18/pcs.retail price kalo kat kl aku tak tahu la berapa kan.takpelah kalu tertipu pun coz aku dah puas hati sangat skang ni.hehehe.gambar tak yah snap lah.sama jer cam pic kat bawah tu.

Semalam juga aku dan mak sudah bersetuju untuk letak gubahan bunga segar pada hantaran.yay! setakat ini hantaran telah dipersetujui untuk membuat sendiri.tak jadi nak hire org! so kita tunggu dah lihat saja lah mcm mana hasilnya nanti.ok..

oh ye,baju tunang juga telah hantar jahit kat kedai auntie.hopefully senonoh la hasilnya.pertengahan discember insyaallah siap.baju melayu sayang juga telah hantar kedai.

bercakap mengenai kain,aku sangat2 bengang+marah+*%$&@# kat seller@ staff jakel yang layan aku masa beli kain tunang hari tu.kalau ikut promotion dieorang...

RM499 Include

2M LACE, 4M LINING, 4M BAJU MELAYU, FREE SAMPING

tapi seller yang aku akan ingat muka dia sampai mati tu suggest kat aku ambik lace 1/2m lagi coz lace aku pilih tu ada border takut tak cukup nanti.so aku tanya dia banyak ke nak kene tambah untuk 1/2 m lagi pastu dia nego2 dapat lah rm75.biasanya kita beli kain mana ada nak cek betul ke tidak yang dia tu potong kain ikut berapa m kita nak kan?kalau dia tak potong ikut m yang kita nak,mcm ne plak dia boleh kerje kat jakel tu kan?so kita anggap dia jujur lah.tapi malangnya dia tak jujur seperti yang aku sangka sebab balik rumah aku bentang kain tu kat ats lantai dan terlintas nak ukur balik sebab nampak mcm tak lari dari 2m lace tu.aku ambik tali tape dan ukur.SAH! dia bagi aku 2m suku bukan 2m setengah!!!!!!! ..untuk kepastian,masa aku hantar kain tu kat kedai jahit,aku suh auntie tu ukur sekali lagi dan nyata sekali memang 2m suku sahaja.see? betapa tak jujur nya dia.aku sudah rugi RM37.50

Hari ini juga aku akan call jakel untuk buat aduan supaya seller yang sama tu tak buat pada customer yang lain jugak.nasib baik pada resit ada no id seller.so boleh la aku bagi no tu pada manager untuk dia ambik tindakan.tak sangka nama yang gah mcm JAKEL ni masih mempunyai pekerja yang tidak jujur.buat malu je..

moral of the story-->>>hati2 semasa memilih kain dan beri tumpuan sepenuhnya semasa org tu potong kain.jangan mata tu dok kerling tempat lain.

Sekian terima kasih.

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada