cerita 2NOV 09

Tuesday, November 3, 2009

yay..aku dah beli white wooden tray untuk letak ats dulang hantaran.baru beli 5.kalau tak cukup nanti beli lagi ye.aku tak sure kalau cina kedai tu tipu harga wooden tray tu kat aku.dia bg lebih kurang rm 18/pcs.retail price kalo kat kl aku tak tahu la berapa kan.takpelah kalu tertipu pun coz aku dah puas hati sangat skang ni.hehehe.gambar tak yah snap lah.sama jer cam pic kat bawah tu.

Semalam juga aku dan mak sudah bersetuju untuk letak gubahan bunga segar pada hantaran.yay! setakat ini hantaran telah dipersetujui untuk membuat sendiri.tak jadi nak hire org! so kita tunggu dah lihat saja lah mcm mana hasilnya nanti.ok..

oh ye,baju tunang juga telah hantar jahit kat kedai auntie.hopefully senonoh la hasilnya.pertengahan discember insyaallah siap.baju melayu sayang juga telah hantar kedai.

bercakap mengenai kain,aku sangat2 bengang+marah+*%$&@# kat seller@ staff jakel yang layan aku masa beli kain tunang hari tu.kalau ikut promotion dieorang...

RM499 Include

2M LACE, 4M LINING, 4M BAJU MELAYU, FREE SAMPING

tapi seller yang aku akan ingat muka dia sampai mati tu suggest kat aku ambik lace 1/2m lagi coz lace aku pilih tu ada border takut tak cukup nanti.so aku tanya dia banyak ke nak kene tambah untuk 1/2 m lagi pastu dia nego2 dapat lah rm75.biasanya kita beli kain mana ada nak cek betul ke tidak yang dia tu potong kain ikut berapa m kita nak kan?kalau dia tak potong ikut m yang kita nak,mcm ne plak dia boleh kerje kat jakel tu kan?so kita anggap dia jujur lah.tapi malangnya dia tak jujur seperti yang aku sangka sebab balik rumah aku bentang kain tu kat ats lantai dan terlintas nak ukur balik sebab nampak mcm tak lari dari 2m lace tu.aku ambik tali tape dan ukur.SAH! dia bagi aku 2m suku bukan 2m setengah!!!!!!! ..untuk kepastian,masa aku hantar kain tu kat kedai jahit,aku suh auntie tu ukur sekali lagi dan nyata sekali memang 2m suku sahaja.see? betapa tak jujur nya dia.aku sudah rugi RM37.50

Hari ini juga aku akan call jakel untuk buat aduan supaya seller yang sama tu tak buat pada customer yang lain jugak.nasib baik pada resit ada no id seller.so boleh la aku bagi no tu pada manager untuk dia ambik tindakan.tak sangka nama yang gah mcm JAKEL ni masih mempunyai pekerja yang tidak jujur.buat malu je..

moral of the story-->>>hati2 semasa memilih kain dan beri tumpuan sepenuhnya semasa org tu potong kain.jangan mata tu dok kerling tempat lain.

Sekian terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada