Merisik selesai sudah.......

Monday, November 30, 2009

Alhamdulilah,
Acara merisik telah selamat dijalankan pada 28Nov09 hari Sabtu iaitu pada Raya Haji ke 2.Pihak lelaki selamat sampai pada pukul 12.30 tgh hari iaitu sejam awal.Mengikut perangcangan dengan imam masjid (iaitu kawan baik abah) sebelum ini pukul 2ptg iaitu selepas Zohor.Tapi memandangkan pihak lelaki mcm nak cepat pulang jadi abah dan mak pergi menjemput imam tersebut di rumah beliau yang tak berapa jauh tu.Lucky! pak imam baru jer selesai menjalankan tugas beliau di satu majlis tunang.

Sebenarnya sebelum ni keluarga bf aku tak biasa datang merisik sebab sebelum ni dieorang merisik melalui tel sahaja.Aku sendiri tak pasti kenapa :( Tapi kalau mengikut adat di sebelah aku,sebelum kahwin kene ikut step by step iaitu merisik dan bertunang. Majlis pertunangan di sini pun boleh di kira agak meriah.Tidak seperti di sesetengah tempat, majlis pertunangan diadakan di antara keluarga terdekat sahaja.Di sini,jiran2 terdekat dan sahabat akan dijemput.

Disebabkan tak biasa datang merisik,pihak lelaki sebenarnya agak terkejut dengan kehadiran pak imam. Alah sebenarnya pak imam tu dijemput sekadar untuk menjadi orang tengah (perantara) atau lebih tepat untuk menjadi saksi kepada acara merisik nih.Kalau di Pahang ni acara merisik sendiri perlu dihadiri orang ketiga untuk memudahkan urusan.Maksud orang ketiga tu adalah orang yang rapat dengan keluarga pihak perempuan dan semestinya pandai bercakap.Jadi acara merisik selesai dalam pukul 1.15pm. Masa merisik tu aku duk kat atas sambil pasang telinga.

Alhamdulillah pihak lelaki telah bersetuju untuk memberikan hantaran sebanyak 1*,***.Itulah yang telah dipersetujui antaran aku dan bf sebelum ni.Terima kasih sayang!

Dah selesai majlis aku pun turun dan bakal mak mentua pun menyarungkan cincin tanda.*wink*


Selepas tu makan tengah hari dan dalam pukul 2.15 pihak lelaki pun bertolak balik.C?sekejap jer kan dieorang datang.Tapi semuanya berjalan dengan lancar.


Di bawah ni sedikit sebanyak gambar sewaktu majlis tersebut.Tak banyak.gambar yang lain boleh tgk kat fb.


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada